Pink Writer

3 Bulan
Sunday, December 22, 2013 | 6:56 AM | 0comments
Assalamualaikum....kalini Min nk kongsi pasal satu novel ni.....tajuknyer seperti di atas....3 Bulan....Min dh abis baca novel ni.....senarnyer Min dh abis lama dh tapi tak update pon.....yela mcm mana nk update sbb kekadang Min tak on n kekadang Min asyik lupa jer......Min manusia biasa jugak yg akn diserang lupa....

Ok kita teruskan yer......

(Sorila gambar dia buruk sikit....)

Sinopsis :~

Tiga bulan bukannya kontrak cinta, bukan juga kontrak perkahwinan kerana dalam perkahwinan tak pernah wujudnya istilah kontrak. Kemalangan yang tanpa diduga mengakibatkan Nuriz terikat untuk bekerja dengan Wan Nazariel selama tiga bulan demi melangsaikan hutangnya kepada lelaki itu.

Nuriz : "Wait...wait. Saya mana ada duit sebanyak itu. Kalau RM30.00 ada la."

Wan Nazariel  : "RM30.00 tu buat apa? Kau ingat kereta aku ni kereta mainan ke hah? Aku tahu kau mesti tak mampu nak bayar punya. Tu la, lain kali jangan berlagak dengan aku ni. Okeylah. Kalau macam ni, senang cerita kau kerja dengan aku untuk tiga bulan sebagai ganti rugi kereta aku tu. Jadi budak hantar surat. Kebetulan dispatch kat opis aku tu pun baru aku pecat."

Dalam tempoh tiga bulan kontrak bekerja dengan lelaki itu, bermacam-macam dugaan yang perlu ditempuhi. Kena 'layan' kerenah Dorina, si receptionist yang tergila-gilakan Wan Nazariel dan juga perangai  Wan Nazariel yang sukar diduga itu.

Kemudian, pertukaran status dirinya  daripada 'Cik' kepada 'Puan' dalam keadaan tanpa dirancang ditambah pula dengan kehadiran Zefrul Arham, betul-betul mengucar-ngacirkan hidup Nuriz, Mujur ada sahabat baiknya, Mirna yang sering menjadi penguat semangatnya bila dia hampir putus asa.

Agak-agaknya berjayakah Nuriz menghabiskan tempoh tiga bulan itu untuk melangsaikan hutangnya kepada Wan Nazariel dalam keadaan kesabarannya sering diuji oleh kerenah lelaki itu?
(Min tulis sinopsis betul2 ikut novel....warna dia....cuma tulisan jer tak....hehe)


Citer ni mmg sweet.....Inilah novel remaja pertama yg Min beli......kalau tak slamani novel kanak2 jer.......yela matanglah katakan......MATANGKAH AKU????Hmmmm.......I don't know.....Maybe.....Who knows right..... Itu aje....nanti Min update lagi satu novel Min tu yer....
Assalamualaikum....

Sincerely,
Nur Min-Na



Older | Newer